Thursday, October 30, 2008

My Home Called 'KELANTAN'..........




Kesultanan Kelantan dahulunya termasyhur dengan kebijaksanaan mereka dalam menerajui takhta kerajaan yang teguh dan makmur. Empayar China merupakan salah satu dari rakan dagang Kelantan yang terbesar di mana mereka mengenali negeri ini dengan Ho-lo-tan.

Kelantan juga pernah menjadi negeri jajahan Kerajaan Siam. Dalam kurun ke-18 seorang Putera Kelantan bernama Long Yunus berjaya menguasai takhta Kerajaan Kelantan dan membentuk satu warisan Kesultanan Kelantan yang masih kekal ke hari ini.

Kelantan bersama negeri-negeri Semenanjung Melayu yang lain membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Negeri Kelantan adalah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan.

Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.

Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut.
Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan perbezaan antara negeri dan kerajaan Mukim bukan menjadi masalah untuk membuat pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada kerajaan Mukim. Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan pelaburan.

No comments:

Nurkilan

jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
xslide2.gif

Thanks For Visiting...